Tuesday, 7 April 2015

YUMI'STHeNewSHophaholicCHoices: INSTANT SHAWL

YUMI'STHeNewSHophaholicCHoices: INSTANT SHAWL: Assalamualaikum... Anda nak instant shawl yg mudah dipakai..tak sampai 5 min anda dah ready nk ke mana-mana.  Shawl yg hot sangat sekarang...

Friday, 3 April 2015

Cara Pengambilan Set Kurus Shaklee


Memandangkan ramai customers tanya saya macam mana cara makan yang betul untuk set kurus shaklee jadi saya dengan berbesar hatinya menulis satu blog post khas untuk mereka yang bercita-cita besar ingin mengurangkan berat badan dan mendapatkan berat yang ideal.

Jom baca.

Mulakan dengan Bismillah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w

3 hari pertama berturut-turut amik herblax 3 biji setiap malam, then stop. Herblax ni tujuannya untuk cuci usus untuk tindakan pembersihan yang lembut bagi membantu proses semulajadi dalam badan. Ni untuk memberi kesan yang lebih efisen dalam penyerapan vitamin ke dalam badan.




Selepas 3 hari.

After breakfast : Breakfast macam biasa. (pastikan HEAVY. pagi-pagi makan heavy takpe, asalkan malam jangan heavy) Then amik 3 biji lecithin dan 1 biji omega guard.

Morning Tea break : Amik 1 scoop Cinch. Dibancuh dengan air kosong (yang biasa suhunya bukan air panas sebab protein akan musnah pada suhu tinggi, denatured) boleh juga dengan jus atau air lain selain tea dan kopi. CINCH ni boleh memberi tenaga berterusan kepada badan kita. tujuan minum time tea break supaya lunch anda takkan makan banyak. tapi tetap makan

Tengahari : lunch macam biasa. Lepas lunch amik 3 biji lecithin dan 1 biji omega guard. Lunch ni control pengambilan nasi. Amik nasi saiz genggaman tangan je. lebihkan sayur, sup dan buah tapi buah jangan lebih sangat sebab dalam buah ada gula gak.

saranan rasulullah pun supaya makan buah dulu sebelum makan nasi. untuk senang system perkumuhan berfungsi dan juga untuk bagi kita rasa yang light kenyang. jadi kita takkan amik banyak nasi dah untuk lunch sebab kita dah kenyang dengan buah.

Petang tea break around 3-5pm : minum CINCH segelas. Bancuh 1 scoop  dengan fresh milk/apa-apa minuman. tujuan minum time tea break supaya dinner u takkan makan banyak. sebab dah kenyang. tapi tetap makan. then amik 1 biji omega guard.





Malam : dinner macam biasa / if tak makan, make sure ada makan biskut ke roti ke sup ke. Cuma JANGAN HEAVY dan JANGAN skip makan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana nafsu makan anda akan bergelora dan metabolisma badan anda akan menurun. lepas tu amik alfalfa 3 biji.

Setiap weekend : amik 3 biji herblax pada sabtu malam dan 3 biji pada ahad malam. Amalkannya setiap minggu.

Paling Penting

DISPLIN! dan jangan depends dengan figure kat alat timbang. sebab dengan shaklee. ia tak pecahkan otot, tapi ia pecahkan lemak. jadi at least turun 200-500gram seminggu is good enough.

YANG PENTING ENJOY MAKAN VITAMIN

Note:
Energizing soy protein/Cinch : Bancuh dengan air kosong (yang biasa suhunya. bukan panas sebab protin akan denatured/musnah pada suhu tinggi) boleh juga campur dengan jus atau air lain selain tea dan kopi. ESP/cinch ni boleh memberi tenaga berterusan kepada diri peminumnya. ESP/cinch  tak boleh di ambil sekali dengan mana-mana multivitamin(Vitalea Shaklee). Nanti mengganggu penyerapan iron dalam multivitamin tu. Jarak pengambilan ESP/cinch dan multivitamin dalam 2 jam.

WAJIB FOLLOW

1) Minum air minimum 4-5 liter sehari (1 liter untuk berat setiap 25kg kalau contohnya anda berat 100kg, jadi anda kena minum minimum 4 liter air ye) kena sukat! bukan agak-agak je. kena sukat. beli bekas air yang ade indicator tu and then sukat. kena disiplin. ni sebab pengambilan vitamin dapat memekatkan darah kita.

jadi air sangat penting untuk melancarkan peredaran darah dalam badan kita. Minum 1.5 liter air dari pagi ke tengahari, 1.5 liter air dari tengahari ke petang dan 1.5 liter air dari petang ke malam. Minum sikit-sikit tapi berterusan. Kalau sebelum ni tak suka minum air. kena tukar habit demi dapatkan kesihatan yang baik dan kembali ke berat ideal.

Lagipon bagus kita minum air banyak sebab bole buang toksin dalam badan. Ni air putih je ye bukan air manis. air manis tak termasuk. Bagus sangat kalau anda bole skip amik air manis. kalau tiap hari anda amik air manis sebanyak 3 cawan, u reduce dulu kepada 2 cawan then kepada 1 cawan. berubah pelan-pelan. bukan drastic.

Begitu juga dengan pengambilan makanan. kalau selalu u makan penuh 1 pinggan nasi masa lunch then sekarang buang lah ckit amik ¾ je nasi then pasni bila dah stabil dan badan u bole terima perubahan. u bole amik 2/4 je nasi dari sebelum ni. berubah sikit-sikit. bukan drastic. kalau u berubah drastic badan xbole terima effect kesihatan u nanti and then badan u pon jadi malas nak kekalkan habit kurang pangambilan karbohidrat sebab u suffer. Saya bagi cadangan ni supaya u tak suffer dalam diet program.

2) Doa berterusan kepada Allah semoga Allah berikan ape yang u hajati. kita ni kadang-kadang kurang berdoa minta dari Allah. sebenarnya apa-apa pon kena mintak dengan Allah. sebab Allah ni akan bagi mengikut kehendak kita. tapi kalau Allah tak bagi tu maknanya tu bukan terbaik untuk kita. u mintak untuk Allah kuatkan u untuk berusaha ke arah menurunkan berat badan demi mendapatkan kesihatan yang baik sebab kalau u sakit susah nak beribadat kepada Allah. macam tu lah. Allah akan kabulkan. Cuma cepat atau lambat je. sabar-sabar.

3) Istiqamah atau berterusan dalam pengambilan vitamin, diet yang betul dan minum air. kalau kadang-kadang amik vitamin, kadang-kadang lupa kesan pon tak berapa memuaskan.

4) Makan makanan yang berkhasiat. makan ikut keperluan badan kita. bukan ikut selera kita. yang part ni kena improvekan dan tukar habit makan. u kena tahu berapa kalori yang u perlukan dalam sehari. tulis ape yang u amik setiap hari and then kena pandai kire berapa kalori bagi setiap makanan yang di ambil dan berapa sebenarnya badan u perlukan kalori.

5) Senaman tak bole tinggal. buat sikit-sikit. walau tak nampak turun banyak atau tak turun kena buat jugak sebab ia membantu mempercepatkan

6) Segenggam tangan karbohidrat. Sama ada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Jikalau masih tidak kenyang, tambahkan lauk(sebab protein)









Elakkan:

1)      Minum banyak kopi dan teh. Sebab ia mengandungi kafein. Tak bagus untuk diri kita.
2)      Kurangkan pengambilan benda2 manis. cth: kuih yang manis. air yang manis. boleh amik…tapi kurangkan dari sebelum ni. pengurangan perlu bertahap.a
3)      Kurangkan pengambilan makanan segera. No fast food! No KFC, no mcD, no AMW, no! say no to fast food
4)      Elakkan air bergas dan makanan yang berminyak dan makanan berlemak
5)      Elakkan dari makan makanan dalam jumlah yang banyak sekaligus. makan kerap takpe. asalkan jangan amik makanan banyak sekaligus. makan kerap pon amik yang kalori rendah la. jangan makan nasi pulak. yang banyak karbohidrat

Cara pengambilan ESP SHAKLEE untuk kurus

ESP Shaklee Untuk Kurus : Cara Makan Yang Betul
ESP adalah protein soya terbaik dari Shaklee. ESP Shaklee memang kegemaran saya. Kalau perut berbunyi-bunyi tu, tak tau nak makan apa, bedal je ESP Shaklee, insyaALlah mesti kenyang terus. Macam pagi tadi, saya breakfast tidaklah heavy sangat. 2 keping pancake saje. Masuk pukul 10-11 pagi, perut dah berbunyi. So apa lagi, saya bancuh 2 sudu ESP dengan susu segar dan horlicks. Perut terus berhenti berbunyi, terus kenyang. Tak perlu lagi makan junk food, atau makanan bercalori tinggi yang boleh menggemukkan.  Saya berasa kenyang sampai ke lunch. So lunch, saya jamah sikit saje.

Kalau nak kurus, bila masa yang sesuai nak minum ESP Shaklee?

Untuk kurus, minum ESP beberapa jam sebelum anda makan. Anda akan berasa cepat kenyang dan rasa kenyang yang lebih lama.  Jadi, nafsu untuk makan tu tak la membuak-buak ketika lunch atau dinner. For info, sebelum lunch apa yang saya buat ialah minum ESP sebelum beli lunch jadi perut dah rasa kenyang..nafsu makan pon dah kurang...senang je kan...

Minum ESP jadi gemuk???


Soalan PANAS masa kini..ahhaha..jgn risau jgn gabra ...mari kita selami kenapa ada segelintir yg ckp ESP ni menggemukkan.

ESP PENYEBAB SELERA MAKAN BERTAMBAH??



Saya sudah lali dgn soalan macam ni dari customer..
"akak saya ada beli esp untuk kurus,tapi kenapa berat badan saya makin naik? Dan selera makan makin bertambah"

Sebelum saya  jawab soalan customer tadi..saya akan tanya terlebih dahulu

" maaf ye awak beli dengan saya ke"?Jika jawapannyer tidak so jangan salahkan product ye..jangan terlalu cepat melatah..sayang muda2 dah melatah..kikiki..
Sebenarnya untuk pengetahuan semua pengemar ESP shaklee yang sememangnya hot setiap bulan,ESP shaklee ni ada 2 fungsi utama iaitu "Nak kurus dan Nak gemuk semua boleh dengan ESP shaklee..So bagaimana ESP bertindak??setiap fungsi mempunyai cara pengambilan yang berbeza..itu lah padahnya kalau tidak dapat konsultasi yang betul dari pengedar..Ok,ini salah satunya punca ESP mengemukkan kerana salah cara pengambilan...
Punca kedua saya nak kurus,minum esp tapi still berselera selepas minum ESP..camne tu??salah siapa??konsultasi dari AGEN dah betul...Tapi apa puncanya???
ARGHH TENSIONNYE!!!

Itu adalah situasi yang biasa ye sayang.Jangan khuatir, kat sini saya akan kongsikan serba sedikit punca terjadinya perkara sebegini
Berat badan naik semasa consume Shaklee terutama Pengambilan Esp?
Makan bertambah2 tak ingat dunia ?
Kenapa ?? Kenapa ?? Kenapa ??
Apakah yang menyebabkan berat badan kita bertambah??
         Jawapannya APA SAHAJA YANG KITA MAKAN AKAN JADI KALORI..ITU SEBABNYA

Adakah vitamin menyumbang nilai kalori??
          Jawapannya ! Jadi secara logiknya makan .

Dos yang pekat dimana ia SANGAT MEMERLUKAN cecair untuk melarutkan nutrien demi memudahkan ia proses pelarutan serta kadar penyerapan yang baik kepada tubuh manusia.
(
Perlu ingat ye..CECAIR yg dimaksudkan tu AIR ya!)
Kebiasaannya apabila kita mengamalkan vitamin mindset kita akan berubah dan sewenang-wenangnya menganggap bahawa tubuh kita telah mendapat segala perlindungan..
tidak sama sekali..apabila sudah mengamalkan vitamin tak kiralah untuk kurus ke, untuk sihat ke, untuk jerawat ke anda perlu meneruskan  gaya hidup yang sihat.
maknanya kena makan tepat pada masanya, lakukan senaman, jauhi amalan2 tak sihat seperti merokok, kafien, mengambil minum keras dsb. Sebagai cth jika ingin berdiet maka makanlah makanan yang rendah indeks glisemiknya. Jangan lupa untuk bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Kekurangan kuantiti AIR dalam badan juga menyebabkan segala nutrien yang hendak di sampaikan oleh vitamin2 tadi terbantut kerana apabila kekurangan air vitamin tadi tidak dapat di larutkan dengan sempurna dan menyebabkan ia tidak dapat di serap dengan baik oleh tubuh kita. Tahukah anda KEKURANGAN AIR or "DAHAGA" ini sering kali di salah ertikan dengan definasi "LAPAR"..Apabila kita mengamalkan vitamin maka kita perlu meminum jumlah air yang banyak sekurang2 nya 3 liter sehari. Bila kita kurang air dan rasa dahaga maka secara tak langsung kita akan menghantar isyarat LAPAR ke otak lalu kita makan. Sebenarnya kita adalah tanda kekurangan air.
So jelas ye???Punca kedua adalah Anda kekurangan Air dalam badan.bukan ESP yang salah..
INFO!! Jika kita kurang minum air tetapi mengambil makanan yang tinggi kandungan garam ini akan menyebabkan berlakunya water retention dimana ia adalah PUNCA BERAT BADAN SUSAH TURUN.
SIMPLE JE ...
1. Disiplin dan Konsisten
2. Sekurang2nya 3 Liter air @ dlm 25kg berat badan =1 liter
3. Jalani gaya hidup yang sihat , dr segi pemakanan, senaman di galakkan
4. Dah tau nak KURUS, eloklah sayangku semua hindarkan makanan yang tinggi kalori . ye!!
5. Amik ESP !! Supaya penyerapan vitamin lain serap lbh cepat

JADI PENGAMBILAN ESP SHAKLEE DALAM DIET ANDA AMAT PENTING KERANA IA ADALAH PROTEIN YANG RENDAH INDEXS GLISEMIKNYA..

BAGI ANDA YANG INGIN DIET ATAU KURUS,ESP MEMBANTU ANDA CEPAT KENYANG DAN BERTENAGA.


PERINGATAN PENTING YER..


1) korang skip sarapan...bila skip sarapan, korang akan makan dengan lebih banyak semasa makan tengahari dan makan malam...betul?

2) korang kurangkan lah makan dari 5 kali ke 2 kali sehari..tp, ingat....janganlah 2x makan tu korang melantak macam makan 5 kali sehari...

3) Amalkan diet yang tinggi karbohidrat seperti nasi. Karbohidrat akan ditukarkan kepada lemak sekiranya diambil berlebihan...jadi kurangkan makan nasi dan ambil protien pada kuantiti yang sihat ye...

4) kurang atau x bersenam langsung. lebih byk buat senaman, lebih cepat berat korang turun.

5) Makan salad tp campur dengan mayonis...hello, byk lemk dan gula tau mayonis tu, macam mana nak turun?....



JADI SEKARANG , MASIH NAK SALAHKAN ESP ker??

Wednesday, 1 April 2015

YUMI'STHeNewSHophaholicCHoices: INSTANT SHAWL

YUMI'STHeNewSHophaholicCHoices: INSTANT SHAWL: Assalamualaikum... Anda nak instant shawl yg mudah dipakai..tak sampai 5 min anda dah ready nk ke mana-mana.  Shawl yg hot sangat sekarang...

PROMOSI SHAKLEE BULAN APRIL 2015


Assalamualaikum...

Salam 1 April dan selamat menyambut hari kelahiran GST di tanah air Malaysia..

Walaupun negara kita sedang dilanda kesedihan akibat pelaksanaan sistem GST, namun Shaklee tetap berbesar hati untuk bagi kita promosi besar-besaran!!

Promosi April 2015 adalah seperti berikut:

Lecithin
Buy 6 Free 1
Twin Pack Less 5%

GLA Complex
Buy 6 Free 1
Twin Pack Less 5%

DTX Complex
Buy 3 Free 1

VitaLea For Children
Buy 3 Free 1

Cinch Chocolate
Buy 3 Free 1

Cinch Cafe Latte
Buy 3 Free 1



Banyak kan produk yg promosi bulan ni? Untung bila beli banyak sebab boleh tahan berbulan2 n jimat postage.

Promosi bulan ni juga sangat untung bagi mereka yang bercadang nak menjaga berat badan. Lecithin untuk membakar lemak. Manakala Cinch Shake untuk memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan menambahkan volume otot supaya pejal dan tak menggelebeh.

Nak order satu-satu pun boleh pada harga istimewa. InsyaAllah kita runding sampai jadi.

Hubungi Yumi utk order



Tuesday, 31 March 2015

YUMI'STHeNewSHophaholicCHoices: KISAH ROTI CANAI DAN ROTI TELUR YG ANDA PERLU TAHU...

YUMI'STHeNewSHophaholicCHoices: KISAH ROTI CANAI DAN ROTI TELUR YG ANDA PERLU TAHU...: Assalamualaikum, Saya doakan, anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Saya do...

KISAH ROTI CANAI DAN ROTI TELUR YG ANDA PERLU TAHU

Assalamualaikum,

Saya doakan, anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Hari ni saya nak kongsi dengan anda sedikit tips pemilihan pemakanan. Makanan yang hendak saya kongsikan dengan anda adalah Roti Canai. 

Ia satu makanan kegemaran ramai rakyat Malaysia.

Roti Canai & Roti Telur
=================


Tahukah anda, Roti Canai dan Roti Telur bukan satu pilihan makanan yang SIHAT.


Sekeping roti canai mempunyai kalori sekitar 300kCal.

Roti telur pula mempunyai kalori sekitar 360kCal.

Ia hampir bersamaan dengan anda makan nasi, lauk dan sayur.

Bila anda makan roti canai atau roti telur, ini bermaksud anda memasukkan banyak 'minyak' dan 'fat' ke dalam badan anda.

Bila ia masuk ke dalam tubuh badan, ia akan terus ditukar kepada lemak.

Jika tidak bersenam, anda akan terus menyimpan LEMAK ini dalam tubuh badan.

Lama kelamaan, lemak lemak inilah yang menjadikan anda 'GEMUK'.

Nak sihat?

Pilih makanan yang betul.

Bukan tak boleh makan semua benda.

Tapi... 

Ini tak bermaksud anda boleh makan apa sahaja.

Betul ke betul?


Nampak tak... Saya pun makan roti canai bila saya teringin. Tapi taklah saya makan ini selalu. Bila dah 'mengidam' baru saya makan. May be dalam 2 bulan ada la sekali saya teringin nak makan.

So... Jom...

Belajar tips kurus dan sihat dengan betul. 

Ada banyak tips dan sharing mengenai kurus di blog ini.

Cakap kat orang sebelah, "Saya Kurus Dan Sihat".

Team NECK
Now Everyone Can Kurus
"Jom Kurus Dari Rumah"
"Jom Selim Melim Di Pagi Raya"

Feel Free To Share Jika Anda Rasa Posting Ini Bagus Dan Boleh Beri Manfaat Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain







YUMI'STHeNewSHophaholicCHoices: INSTANT SHAWL

YUMI'STHeNewSHophaholicCHoices: INSTANT SHAWL: Assalamualaikum... Anda nak instant shawl yg mudah dipakai..tak sampai 5 min anda dah ready nk ke mana-mana.  Shawl yg hot sangat sekarang...

YUMI'STHeNewSHophaholicCHoices: SHAKLEE -ESP

YUMI'STHeNewSHophaholicCHoices: SHAKLEE -ESP: ESP sesuai untuk pesakit diabetes atau tinggi kolestrol Soalan: Boleh ke orang yang diabetis atau high cholestrol makan ESP ni? Tak berleb...

YUMI'STHeNewSHophaholicCHoices: Nak Kurus Tapi 'Terpaksa' Dapat Kulit Cantik

YUMI'STHeNewSHophaholicCHoices: Nak Kurus Tapi 'Terpaksa' Dapat Kulit Cantik: Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ada satu kisah bagi saya kisah ini sangat lawak. hahaha. begini, haritu masa saya sedang dinn...

Nak Kurus Tapi 'Terpaksa' Dapat Kulit Cantik

Assalamualaikum dan salam sejahtera

saya ada satu kisah

bagi saya kisah ini sangat lawak. hahaha.

begini, haritu masa saya sedang dinner masa shaklee national conference 2013/2014 (boleh baca sini) tiba-tiba mesej whatsapp masuk

rupanya kak fatin. ingat kan siapa tadi. sebelum sempat saya reply, dia cerita yang dia risau sangat sebab

kawan dia puji yang kulit dia makin cantik, nampak memang lain sangat. dia bertambah risau sebab dia cuma amalkan set kurus sahaja. takut juga kot-kot tersalah makan supplement shaklee kan.

HAHAHA (saya gelak dalam hati)

saya tahu yang dia pernah order set shaklee dari saya dan saya sempat bagi tips esclusive dan consult dia step by step dalam usaha menjayakan misi menurunkan berat badan. baru bulan lepas tak silap.

set yang kak fatin amalkan




saya pun kata dalam hati

'patutlaaaa. hihihi'

saya cuba explain kat kak fatin yang mana, memang kalau amalkan set kurus seperti dia atas, customers akan dapat 'bonus' kulit cantik bagi perempuan dan bagi lelaki, kulit yang kusam akan hilang.


Inginkan supplements terbaik untuk anak, suami, isteri dan keluarga tersayang?


Inginkan side income 3-4 angka sebulan dengan bisnes Shaklee hanya dengan gunafacebook dan blog?

Hubungi Yumi untuk :-

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!




(WhatsApp 011 3261 9511 untuk mendapat respons yang lebih pantas!)
kumikoyumi13@gmail.com

PRODUK SHAKLEE

Inginkan supplements terbaik untuk anak, suami, isteri dan keluarga tersayang?

Inginkan side income 3-4 angka sebulan dengan bisnes Shaklee hanya dengan guna facebook dan blog?

Hubungi Yumi untuk
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


Yumi Kumiko
Shaklee ID : 1167995
Email: kumikoyumi13@gmail.com
011 32619511
(SMS/WhatsApp)
KENAPA TAK TURUN BERAT NI...
==========================

Bila baca wall kekawan semua story nak kurus...

Rata2 iklan pun macam2 bentuk jual produk kurus..

Kekadang sampai tak tahu mana yang terbaik untuk turunkan berat badan, yang boleh kempiskan perut boroi, langsingkan peha yang menggelebeh..

Usah harapkan anda boleh kurus dalam masa 2 hari dengan hanya minum air detox 48 jam.

Semuanya datang dari diri sendiri... Disiplin diri yang betul dengan ilmu yang betul dan mentor yang terbaiik..

Faham ke faham

Jom sertai family Neck... Kami selami masalah anda dengan mengubah diri anda yang dulunya comel...

Comel la sangat..

Bertukar menjadi yang anggun, selim dan sihat..

Saya doakan anda kurus dan sihat

Team NECK
Jom Kurus Dari Rumah

SHAKLEE -ESP

ESP sesuai untuk pesakit diabetes atau tinggi kolestrol

Soalan: Boleh ke orang yang diabetis atau high cholestrol makan ESP ni? Tak berlebihan protin ke minum ESP?Makan ayam lagi,daging lagi..


Jawapan:
ESP pilihan tepat untuk semua individu.ESP zero fat, zero cholestrol dan yang penting ia rendah GI (Indeks Glisemik). Maksudnya glukos dibebaskan perlahan2 ke dalam darah. Pesakit diabetis kalau minum ESP memang akan bertenaga tanpa menyebabkan kadar gula naik.
Kita wajib amik protin dalam diet harian,sebab badan tak boleh nak hasilkan asid amino yang diperlukan, maka ESP pilihan yang tepat. Sehari amik 3 sudu besar pun tak jadi isu berlebihan sebab 3sudu besar bersamaan 14gram protin.
14gram tu kalau nak diikutkan tak cukup nak memenuhi keperluan protein harian kita, jadi kita tetap perlukan protein dari sumber makanan lain.
Cuma kita disyorkan mengambil suplemen protin berasaskan non-gmo SOYA yang BERKUALITI untuk dapat kulit yang PEJAL dan LICIN
Jadi amacam? Jom shake segelas ESP pagi ni.

INSTANT SHAWL

Assalamualaikum...

Anda nak instant shawl yg mudah dipakai..tak sampai 5 min anda dah ready nk ke mana-mana.  Shawl yg hot sangat sekarang ini...

Jom dapatkan dari saya hari ini.

Material dari Chiffon dan sungguh selesa dan tidak panas.